Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang tadi melibatkan 11 buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang)
Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera)
Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Jempol)
Johor (Kota Tinggi)
Sarawak: Kuching, Serian (Tebedu), Sri Aman, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis)
Sabah: Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya yang berada di kawasan berdekatan.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia