Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Seremban)
Johor: (Batu Pahat dan Pontian)
Sarawak: Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah) dan Bintulu
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ada apa-apa urusan pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia