Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Pahang: (Rompin)
Selangor: (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang)
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: (Port Dickson)
Johor: (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Miri (Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia