Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa buah negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4.25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:
Kelantan: (Jeli dan Kuala Krai)
Terengganu: (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
Selangor: (Hulu Langat)
Johor: (Mersing dan Kota Tinggi)
Sarawak: (Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), dan Limbang (Lawas)
Sabah: (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)
https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/3858472134202721
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber:
Malaysian Meteorological Department