Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku pada sehingga petang ini.
Antara kawasan yang dijangka terjejas bagi Semenanjung ialah (Kedah) Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, (Pulau Pinang), (Perak) Hilir Perak dan Muallim, (Kelantan) Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Terengganu) Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, (Pahang)Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan, (Selangor) Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang (WP Kuala Lumpur), (WP Putrajaya), (Negeri Sembilan), (Melaka), (Johor) Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Bagi kawasan di luar Semenanjung Malaysia pula, kawasan yang dijangka terjejas adalah
(Sarawak) Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Limbang (Sabah) Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat sehingga 6:00 petang; Sabtu, 25 April 2020.
Sumber: MetMalaysia