Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini dan dua negeri sehingga jam 8 malam.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.00 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, W.P Putrajaya, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perlis
Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang
Perak
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub)
Selangor: (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Petaling dan Sepang)
W.P Putrajaya
Melaka
Johor: (Tangkak, Muar dan Batu Pahat)
Sarawak: Limbang (Lawas)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat
Bagi kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 8 malam pula ialah di Kedah (Baling) dan Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat).
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini diminta supaya berhati-hati terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia