Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 4 buah negeri sehingga jam 5 petang dan sehingga jam 7 malam 21 november 2020. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 3:10 petang hari ini melalui akaun Twitter rasmi mereka.
Berikut merupakan negeri serta kawasan yang dijangka terlibat sehingga 6:00 petang, 21 November 2020.
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) Sarawak : Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang Sabah : Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.
Negeri serta kawasan yang dijangka terlibat sehingga 7:00 malam, 21 November 2020.
Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia