Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 8 malam ini.
Antara negeri yang terlibat adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu). Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).
Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin). Selangor (Hulu Selangor). Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak: Kuching (Lundu), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas). Sabah: Pedalaman (Sipitang) dan Pantai Barat (Ranau).
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan dari berada di kawasan yang berisiko tinggi.
Sumber: MetMalaysia