Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri pada petang ini.
Menerusi kenyataan di laman rasmi web rasmi dan Facebook MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga jam 5.00 petang ini adalah di negeri Kedah (Langkawi) • Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Kinabatangan).
Manakala, sehingga jam 6.00 petang pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Jeli dan Tanah Merah).
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan menghindari kawasan-kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia