Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negara yang dijangka akan berlaku sehingga jam 10.00 malam ini.
Menurut perkongsian MetMalaysia di Facebook, antara negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu). Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang. Kelantan (Gua Musang).
Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan). Johor (Pontian dan Johor Bahru).
Sarawak: Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pekan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Limbang. Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati serta mengelak dari kawasan yang berisiko.
Sumber: Malaysian Meteorological Department