Warisan Generasi: Gandingan Bapa-Anak Bawa Keceriaan Menerusi Trak MILO®
Tiada Kategori

Warisan Generasi: Gandingan Bapa-Anak Bawa Keceriaan Menerusi Trak MILO®

Siti Sakinah

Warisan Generasi: Gandingan Bapa-Anak Bawa Keceriaan Menerusi Trak MILO®

Sempena Hari Bapa tahun ini, kisah Abang MILO yang sering muncul mewarnai temasya di padang sekolah atau menceriakan acara larian komuniti ternyata menyentuh hati. Gandingan bapa dan anak yang telah menjalin hubungan erat berbekalkan misi bersama bukan sahaja untuk menghidangkan secawan minuman penuh khasiat kebaikan, tetapi juga menggembirakan insan dengan layanan mesra dan senyuman manis.

Bagi Jefridin Bin Jaafar dan Muhammad Junaidi Hakimi Bin Jefridin, gandingan bapa dan anak yang lebih mesra dikenali sebagai Abang MILO, perjalanan kerjaya bersama MILO® mencerminkan bagaimana nilai kekeluargaan, tradisi dan hubungan bermakna diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Foto 1 – Junaidi dan Jefridin meluangkan masa bersama sebagai ayah dan anak ketika mengembara.

Daripada Promoter Pasar Raya kepada Minuman Kegemaran Malaysia

Perjalanan Jeffridin bersama Nestlé bermula pada 1996 sebagai promoter pasar raya. Beliau telah memegang gelaran Abang MILO secara rasmi pada 2008, satu tugas yang bukan sahaja mempengaruhi kerjayanya, tetapi juga kehidupan anak kecilnya, Junaidi, yang ketika itu baru berusia tiga tahun. Junaidi membesar sambil memerhatikan bapanya menyajikan minuman berkhasiat diiringi senyuman dari belakang trak berwarna hijau yang dikenali ramai.

Setelah tahun-tahun berlalu, Junaidi mengikut jejak langkah bapanya. Pada hari ini, kedua-duanya bersama-sama menghidangkan kebaikan kepada rakyat Malaysia, berdiri sebelah-menyebelah dengan pakaian seragam sama, mencerminkan nilai-nilai yang telah menjadikan Abang MILO insan yang disayangi di seluruh negara.

“Kali pertama orang memanggil saya Abang MILO, saya rasa seperti saya memainkan peranan yang bermakna,” kata Junaidi. “Bukan sahaja kerana tugas yang diamanahkan—tetapi juga hubungan erat yang dijalin dengan masyarakat.”

Foto 2 – Sentiasa menjadi satu nikmat untuk berkongsi detik bersama keluarga.

Secawan Minuman Yang Menghubungkan Generasi

Trak MILO® sememangnya merupakan simbol nostalgia bagi ramai rakyat Malaysia. Baik hari sukan sekolah mahupun aktiviti Senamrobik dan karnival kemasyarakatan, trak ini mencetus keseronokan dan kenangan terindah. Menurut Jeffridin, beliau terharu dengan sambutan yang diterima.

“Kanak-kanak seronok berlari ke arah trak kami. Dewasa pula tersenyum apabila melihatkan kehadiran kami. Malah ibu-ibu mengandung juga tidak pernah lalu tanpa singgah untuk meneguk secawan MILO®. Mereka sering berkata, ‘Saya memang mengidamkan minuman ini sepanjang minggu,” ujar beliau. “Ini menunjukkan bahawa MILO® telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan masyarakat Malaysia.”

Bagi Junaidi, keseronokan yang dinikmati daripada detik-detik bermakna ini menjadikan tugas beliau sungguh memuaskan. “Kadangkala hanya secawan MILO® percuma sudah cukup untuk menceriakan hari seseorang. Anda boleh melihatnya dalam ekspresi dan keriangan yang terpancar di wajah mereka,” kongsi beliau.

Foto 3 – Wajah berseri bila anda bersedia untuk hari yang hebat! Abang MILO kami.

Dua beranak ini telah menghadiri begitu banyak acara, tetapi peristiwa kecil dan menyentuh hati yang menjadi kenangan paling indah. “Saya ingat lagi selepas satu perlawanan bola sepak tempatan, pasukan yang menang berkumpul di sekeliling trak MILO®,” kata Jeffridin. “Semua pemain mengangkat cawan masing-masing bersama-sama untuk meraikan kemenangan mereka. Saya masih ingat detik tersebut—bukan sahaja kerana kemenangan mereka, tetapi kerana mereka menjadikan MILO® sebahagian daripada sambutan kejayaan. Semangat kekitaan itu memang hidup dalam diri anda.”

Tugasan yang paling digemari oleh Junaidi ialah lawatan ke sekolah. “Kami boleh melihat gelagat dan celoteh murid-murid yang teruja untuk beratur dan menunggu giliran mereka, dan pada waktu itu kami sedar MILO® bukan setakat minuman biasa kepada mereka—kehadiran kami merupakan detik penting dalam hari mereka. Malah apabila guru-guru datang dan mengucapkan terima kasih, kami sedar bahawa MILO® benar-benar bermakna.”

Interaksi harian inilah yang menjadikan tugas mereka sungguh memuaskan. “Tidak perlu pemberian besar,” tambah Junaidi. “Secawan kecil MILO® sudah cukup untuk membawa keriangan yang nyata, sesuatu yang amat besar maknanya.”

Foto 4 – Tiada yang lebih mengujakan daripada melihat trak MILO! Membawa kesegaran dan tenaga ke mana sahaja kami pergi.

Bapa, Anak, dan Pagi Yang Bermakna

Nilai-nilai yang didukung oleh MILO®— kebersamaan, tenaga, dan kehidupan sihat—nyata terserlah di Hari Sarapan MILO® Malaysia (MBD), salah satu acara kecergasan keluarga paling digemari di negara ini. Kedua-dua Jeffridin dan Junaidi pernah berkhidmat di pelbagai edisi acara di beberapa negeri, dan telah melihat sendiri bagaimana aktiviti tersebut menjadi satu tradisi tahunan bagi rakyat Malaysia.

“Ada satu tahun, kami melihat seorang bapa mengangkat anak di atas bahunya di penghujung larian. Para penonton bertepuk sorak sambil mereka melintasi garisan penamat bersama-sama,” kata Jeffridin. “Inilah ciri-ciri yang dizahirkan oleh Hari Sarapan MILO® Malaysia—kekuatan, perpaduan, dan melangkah maju ke hadapan sebagai sebuah keluarga.”

Dengan penyertaan lebih 60,000 peserta di Putrajaya, Johor, Pulai Pinang dan Kuantan, Hari Sarapan MILO® Malaysia Edisi 2025 terus mendorong gaya hidup sihat dan detik bermakna bersama keluarga.

Foto 5 – Secawan MILO ais, disediakan dan dihidangkan dengan penuh bergaya oleh Abang MILO yang tersayang.

Dua Persinggahan Akhir: Terengganu & Kedah – Seruan Kepada Keluarga

Sambil Hari Sarapan MILO® 2025 tiba di penghujungnya, Terengganu dan Kedah akan menganjurkan dua acara terakhir kalendar pada Ogos 2025, menutup tirai sambutan seluruh negara yang telah membawakan keseronokan, kecergasan dan perpaduan kepada masyarakat di seluruh negara.

Foto 6 – Kehadiran trak MILO hijau ikonik serta-merta mencetuskan keterujaan yang luar biasa.

Pendaftaran dibuka pada 4 Julai 2025.

Berbekalkan momentum yang kian kukuh, dua persinggahan ini akan memberi peluang terakhir kepada rakyat Malaysia untuk menyertai pergerakan ini secara berkeluarga—membolehkan mereka berjalan kaki, berlari dan beramah-mesra dalam suasana penuh bertenaga sambil mendorong satu sama lain.

“Hari Sarapan MILO® Malaysia bukan setakat satu acara biasa,” kata Jeffridin. “Aktiviti ini meraikan keluarga, kesihatan dan segala yang didukung oleh MILO®. Kami melihat bagaimana acara ini merapatkan hubungan kemasyarakatan. Kami dapat merasai semangatnya di peringkat akar umbi.”

Foto 7 – MILO untuk semua peringkat usia, membuktikan bagaimana minuman coklat kegemaran ini telah merentasi pelbagai generasi.

Hari Bapa ialah masa bukan sahaja untuk mengenang jasa yang ditabur tetapi memberi penghormatan kepada mereka yang bergelar Bapa. Bagi Jeffridin dan Junaidi, pengalaman bersama mereka sebagai Abang MILO memperlihatkan bahawa tradisi, tujuan dan sumbangan kepada masyarakat boleh diturunkan dari satu generasi kepada yang lain—menerusi setiap cawan minuman berkhasiat yang bermakna.

Sertai beribu-ribu keluarga di seluruh Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam Hari Sarapan MILO® Malaysia 2025. Daftar untuk acara Terengganu dan Kedah di www.milo.com.my.