JANGKITAN Coronavirus (COVID-19) ke serata dunia bukan sahaja menakutkan ramai orang, bahkan telah menimbulkan sikap diskriminasi antara manusia.
Seorang lelaki warga Singapura telah berkongsi ke Facebooknya tentang peristiwa dia ditumbuk oleh sekumpulan lelaki di London baru-baru ini.
Ketika hari kejadian, mangsa, Jonathan Mok melewati sekumpulan lelaki dan mereka menjerit sesuatu ke arahnya.
Namun, dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka jeritkan itu, sehinggalah dia terdengar perkataaan ‘Coronavirus’.
Sejurus kemudian, Mok menoleh ke arah mereka dan salah seorang daripadanya berkata,
“Kau jangan pandang-pandang aku,”
Tiba-tiba dia diserang dan ditumbuk di bahagian mukanya oleh seorang demi seorang.
Dalam status tersebut, dia menjelaskan bahawa beberapa orang telah cuba membantu, namun salah seorang daripada mereka cuba untuk menendangnya.
Lelaki yang cuba menendangnya itu secara tidak diduga berkata,
“Aku tak mahu Coronavirus kau di negara aku,” lalu menumbuk lagi mukanya.
Kumpulan ‘samseng’ tersebut berlalu pergi sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Dalam statusnya itu, Mok turut memuat naik gambar wajahnya yang tercedera.
Kiri: ketika lepas kejadianKanan: beberapa hari lepas kejadianGambar: Facebook Jonathan MokDakwa Mok, dia kini menderita kerana mengalami beberapa keretakan tulang di wajahnya dan mungkin perlu menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya semula.
Tambahnya lagi, dia turut menerima beberapa kenyataan berbaur rasis yang ditujukan kepadanya, sebahagiannya merujuk kepada isu COVID-19.
Sumber: Mothership, Facebook Jonathan Mok