
Warga Israel Protes, Desak Netanyahu Letak Jawatan
Protes anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan-jalan di Tel Aviv pada Sabtu, mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meletak jawatan.
Kebanyakan penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk yang mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting seperti membawa pulang tebusan dari Gaza dan bersetuju untuk genjatan senjata.
Protes mingguan ini semakin kerap diadakan, terutamanya ketika konflik di Gaza masih berlanjutan.
Pada Sabtu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang Palestin di zon kemanusiaan di Gaza.
Penduduk yang berlindung di kawasan itu melaporkan bahawa khemah mereka musnah akibat serangan tersebut, dan mayat serta anggota badan bertebaran di atas tanah.
Selain itu, ramai penduduk yang cedera dalam serangan itu, termasuk wanita dan kanak-kanak, dibawa ke Hospital Nasser berhampiran kawasan kejadian.
Menurut pegawai bertugas, hospital tidak lagi mampu menampung pesakit disebabkan intensiti serangan Israel dan kekurangan bekalan perubatan akut.
BACA: Dua Maut Selepas Donald Trump ‘Ditembak’ Semasa Kempen Di Pennsylvania
Sumber: Astro Awani