warga emas rentung dalam kebakaran
Gambar: Bernama via Google

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Menglembu

Iqbal Yasir

IPOH, 5 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Menglembu Barat, Menglembu dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.49 pagi dan mayat Loo Kok Chan, 79, ditemukan pasukan penyelamat selepas kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang tiba di lokasi mendapati kebakaran di rumah jenis kekal itu telah merebak ke rumah bersebelahan sekali gus mengakibatkan kedua-dua rumah musnah 80 peratus.

Menurut Yahaya, dua penghuni rumah bersebelahan tidak mengalami kecederaan manakala mayat Loo diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan pihak polis dan bomba,” katanya.

Kejadian wanita warga emas hilang

warga emas rentung dalam kebakaran
Keratan laporan Siakap Keli

Memetik laporan Bernama sebelum ini, turut pernah berlaku satu tragedi melibatkan warga emas iaitu kes kehilangan seorang ‘nenek’ di Batu Pahat kira-kira tiga minggu lalu.

Menurut laporan itu, seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah ketika itu berkata pihaknya menerima aduan berhubung kehilangan Painah Siwan daripada anaknya pada pukul 11 malam, Rabu.

“Anaknya memaklumkan Painah tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun sejak pukul 3.30 petang, Rabu.

“Usaha percarian awal telah dilakukan oleh polis dari balai Senggarang, keluarga dan penduduk kampung tetapi warga emas itu masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan ketika itu.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketika itu diperluas melebihi daripada parameter warga emas itu dilaporkan hilang.

Katanya 187 pegawai dan anggota polis, termasuk dari Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Rengam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terlibat dalam operasi itu.

BACA JUGA: Seguni Bawa Duit, Rakaman Warga Emas Ini Beli Kereta Hasil Menabung Secara ‘Cash’ Tular

Sumber: Bernama