Kredit: Polis Daerah Baling Kedah

Warga Emas Hilang Selepas Keluar Rumah

Athirah

Warga Emas Hilang Selepas Keluar Rumah

BALING, 12 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada 8 pagi semalam.

“Warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur dan mempunyai masalah ingatan (mudah lupa).

“Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter, berat anggaran 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, bulu kening halus, berjanggut serta misai putih dan berbadan bongkok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada 4.25 petang semalam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Kredit: Polis Daerah Baling Kedah via Facebook
BACA: Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri & 2 Wilayah Hingga Petang Ini
BACA: 32 Tetamu Alami Loya, Muntah & Demam Selepas Makan Di Kenduri Kahwin
BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut
BACA: Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Sumber: Bernama