Tular di media sosial tentang seekor kucing mati ditembak oleh seorang warga emas yang mendakwa kucing tersebut sering berkeliaran di halaman rumahnya. Perkara ini dilaporkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia mel;alui laman Facebook rasmi mereka.
Benci terhadap kucing yang dipelihara Jiran kerana mendakwa kucing sering lalu dan berehat halaman rumahnya. Lelaki Melayu berusia 70 tahun tembak kucing tersebut dipercayai menggunakan pistol angin hingga mati.
Pembunuhan kucing secara tembakan pistol angin bukan pertama kali dilaporkan. Malah sebelum ini beberapa siri pembunuhan haiwan melibatkan pistol angin dilaporkan.
Kejadian tembakan kucing di Kota Bharu Kelantan ini dilaporkan berlaku dua kali iaitu pada 1 Ogos 2020 dan terbaharu pada 17 Ogos 2020. Ia melibatkan seekor kucing mati dan seekor lagi cedera parah di kepala.
Pelaku warga emas yang berpencen ini telah dikenal pasti dan merupakan jiran terdekat pemilik kucing.
Pistol angin merupakan senjata yang dikategorikan berbahaya dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak jika disalah guna. Apatah lagi jika digunakan untuk membunuh haiwan dengan sengaja.
Animal Malaysia masih menunggu laporan rasmi pemilik kucing kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku zalim ini.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia