Warden Bekas Tentera MRSM
Kredit: Dr Asyraf Wajdi Dusuki via Facebook

Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM

Athirah

Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memaklumkan bahawa warden-warden bekas tentera sudah memulakan tugas mereka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Terengganu.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau dalam satu muat naik di Facebook rasmi miliknya.

Dr Asyraf berkata, pelantikan ini merupakan projek rintis selama enam bulan sebagai satu satu inisiatif penting menangani isu buli yang wajib dibanteras serta memutuskan rantaian ganasnya.

“InsyaAllah selepas 6 bulan, dapatan hasil kajian menyeluruh keberkesanan inisiatif ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Institut Kajian Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM)

“Jika natijahnya positif, insyaAllah MARA akan memperluaskan di keseluruhan 57 MRSM seluruh Malaysia,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pelantikan guru sebagai warden dilihat tidak lagi sesuai

Menurut beliau, tenaga pengajar dan masyarakat awam berpendapat bahawa tugas warden tidak lagi sesuai dipikul oleh guru secara separuh masa, terutamanya apabila elaun tambahan yang diberikan tidak sepadan dengan tanggungjawab tersebut.

Selain itu, beban tugas hakiki guru juga tidak memungkinkan mereka melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai warden, di mana menuntut komitmen tinggi di luar waktu akademik.

“Justeru, inisiatif mengambil warden sepenuh masa dari kalangan pesara anggota beruniform yang sudah melalui tapisan ketat dan berpandukan garis panduan jelas mengenai skop kerja mereka merupakan satu pendekatan yang MARA cuba cetuskan dengan teliti

“Moga-moga ada manfaatnya untuk kemenjadian pelajar dan yang paling penting dapat membenteras gejala buli yang sudah lama berakar umbi dan membudaya di kalangan segelitir pelajar,” tambah Dr Asyraf lagi.

BACA: MARA Lantik Warden MRSM Bekas Tentera Sepenuh Masa
BACA: Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat

https://www.facebook.com/share/p/1C6DV7XZjD/

BACA: Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi Hampir RM261.4 Juta Separuh 2025
BACA: Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Wan Ahmad Faris – Saifuddin Nasution

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki via Facebook