Seorang wanita terkejut apabila seekor babi hutan sedang merehatkan badannya di atas sofa, lapor Daily Star.
Babi hutan tersebut dikatakan sedang berehat di atas sofa selepas merosakkan rumah tersebut.
Berdasarkan laporan, wanita tersebut tergamam apabila dia tiba di rumah dan mendapati rumahanya disepahkan oleh babi hutan tersebut.

Kata wanita tersebut, dia sedang membuka pintu ruang tamunya dan ternampak haiwan besar tersebut sedang berehat di dalam rumahnya di Hagen, Jerman pada 4 Februari lalu.
Babi hutan tersebut didakwa berada dalam keadaan selesa sehinggakan tidak menyedari kehadirannya pada ketika itu.
Jelas pihak polis, pemilik rumah tersebut menutup pintu serta-merta dan terus menghubungi pihak mereka.
Pegawai terus bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan berkenaan pencerobohan tersebut.
Pegawai dan pemburu dipercayai diberi kuasaa untuk mengeluarkan haiwan tersebut, namun akhirnya babi tersebut keluar sendiri selepas membuka pintu.
Menurut Zenger News, polis berkata haiwan berbahaya itu kemudian melompat ke atas pagar.
Sumber : Daily Star