suami hilang 7 tahun
Gambar: AI/ImageFX

Wanita Temui Suami Hilang 7 Tahun Lalu Hanya Dengan “Reels” 30 Saat

Hannah

Wanita Temui Suami Hilang 7 Tahun Lalu Hanya Dengan “Reels” 30 Saat

Seorang wanita di Hardoi, Uttar Pradesh berjaya menyelesaikan misteri kehilangan suaminya selama tujuh tahun dengan hanya melihat satu “Reels” berdurasi 30 saat.

Pada April 2017, Sheelu dari Murarnagar, Sandila, berkahwin dengan Jitendra Kumar, 32, yang lebih dikenali di kampungnya sebagai Babloo.

Beberapa bulan selepas itu, pasangan ini menantikan kelahiran anak pertama mereka. Namun, bukannya menemui kebahagiaan, Babloo tiba-tiba hilang tanpa jejak pada 2018.

Malangnya, keluarga Babloo tidak membantu Sheelu mencari suaminya. Sebaliknya, mereka menuduh Sheelu membunuh Babloo dan menyembunyikan mayatnya.

Laporan orang hilang telah dibuat di Balai Polis Sandila, tetapi kes itu tidak lama kemudian dilupakan begitu sahaja kerana tiada perkembangan.

Selama bertahun-tahun, Sheelu hidup dengan stigma sebagai ‘pembunuh suami’ sambil membesarkan anaknya seorang diri.

Kehidupan Sheelu sepanjang 7 tahun

Sheelu menceritakan kembali pengalaman pahitnya. Beliau hamil ketika Babloo mula bersikap kasar sehingga terpaksa kembali ke rumah ibu bapanya pada akhir 2017.

Hanya ketika usia kandungannya empat bulan, Sheelu mengetahui bahawa suaminya telah ‘lenyap’.

Tahun-tahun berikutnya diisi dengan misteri dan stigma, manakala keluarga Babloo cuba menuduh beliau terlibat dalam perkara jenayah.

Kebenaran terbongkar

Pada 2025, ketika ‘scroll’ Instagram, Sheelu terkejut melihat seorang lelaki menari gembira di Ludhiana. Masalahnya, lelaki itu ialah suaminya yang hilang, dilihat masih hidup dan sihat.

Malah, lelaki itu juga bersama seorang wanita yang kemudiannya disahkan oleh polis sebagai isteri keduanya.

Marah dengan penemuan itu, Sheelu menjadikan reel tersebut viral dan segera membuat laporan rasmi kepada polis.

Tindakan polis & penahanan

Circle Officer Santosh Kumar Singh bersama pasukannya di Sandila bertindak pantas menjejak Babloo di Ludhiana.

Lelaki itu ditemui bekerja di sebuah kilang kain dan menjalani kehidupan yang baik. Babloo telah ditahan di bawah Seksyen 82(1) Bharatiya Nyaya Sanhita atas tuduhan poligami.

BACA: Lelaki Hilang 2 Hari Ditemui Selamat, Mengaku Dibawa Perempuan Cantik

BACA: Dilarikan Sekumpulan Monyet, Bayi Lelaki Ditemui Maut

BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak

Sumber: Times of India