Pasangan di Somerset secara tidak sengaja telah ‘terbuang’ wang tunai bernilai £15,000 bersamaan kira-kira RM80,000 di sebuah pusat kitar semula di sini.
Nasib menyebelahi mereka apabila pekerja di tapak berkenaan menemui kotak yang mengandungi wang tersebut sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Mereka kemudiannya mencari individu-individu yang meninggalkan kotak di tapak kitar semula dengan mengenalpasti kereta-kereta yang berhenti di lokasi berkenaan dan mengesan alamat pemilik kenderaan.
Wang tersebut berjaya dipulangkan kepada pasangan berkenaan sebelum Krismas.
Menurut pasangan tersebut, mereka telah membersihkan rumah ahli keluarga yang baru sahaja meninggal dunia.
Mereka mendakwa si mati sememangnya suka menyimpan wang di tempat-tempat yang pelik di dalam rumahnya.
Sumber: Daily Star