
Wanita Syukur Dapat Kakak Ipar Baik, Siap Ajar Adik Lelaki Cara Pujuk Isteri
Perkahwinan bukan sahaja menjadi pengikat kepada dua jiwa tetapi turut mengeratkan silaturahim di antara kedua-kedua keluarga. Bak kata orang, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, tetapi juga seluruh keluarga masing-masing.
Lebih bermakna apabila keluarga pasangan dapat menerima kehadiran kita dengan hati yang terbuka.
Bukan minta untuk sentiasa dipuji, tetapi cukuplah jika ahli keluarga masing-masing tidak menjadi seperti api dalam sekam dan duri dalam daging.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian seorang pengguna Threads, @hannaney._ yang bersyukur mendapat kakak ipar yang baik.
Menerusi perkongsian itu, kakak iparnya dilihat menjadi pendamai dan penasihat yang baik kepada pasangannya.
“Syukur dapat kakak ipar yang baik, tak pernah back up adik dia kalau adik dia salah. Siap bagi tip dekat adik dia cara pujuk bini yang merajuk,” kata Hanna.
Wanita itu turut berkongsi tangkap layar yang memperlihatkan nasihat dan tip yang diberikan oleh kakak iparnya kepada suaminya.
“Ni perbualan dia dengan suamiku. Jadi Hanna 1-0 suami Hanna,” ujarnya.


Perkongsian itu menarik perhatian ramai, dengan ramai yang menganggap bahawa sangat jarang untuk melihat kakak ipar menyebelahi adik ipar. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakannya tu.
“Sebak aku baca weh, kakak ipar syurga ni namanya”
“Abang ipar saya macam ni, kalau dia nampak saya mengamuk je terus dia hubungi suami saya suruh ambil cuti”
“Kakak ipar awak sama saya, saya suka nasihatkan abang saya macam ni. Sebab takde siapa pun boleh faham abang-abang kita dah selain isteri mereka sekarang. Kena pandai ambik hati, belanja isteri. Pujuk bila isteri merajuk”
“Satu dalam sejuta, best-nya kalau aku pun dapat ipar yang boleh jadi bff”
“Bagusnya ada kakak ipar sebegini, memahami perasaan perempuan lain”
“Semoga saya dapat keluarg ipar baik-baik, Amin”
“Aku macam ni lah dengan abang aku. Bila anak dia berak ke, nak mandi ke aku suruh kak ipar aku duduk, aku ambil anak dia kasi kat abang aku. biar abang aku yang uruskan. Lepas kak ipar aku dah masak. Aku suruh abang aku yang kemas. Hahahaha. Kadang-kadang saja culik anak dia tidur rumah aku. Biar dorang bulan madu”
Sumber: Threads hannaney