Wanita Sakit Nak Bersalin, Pesawat Lakukan Pendaratan Kecemasan

Sofea

Pesawat EgyptAir dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan pada Rabu lalu setelah seorang wanita melahirkan anak sebelum pesawat itu di tiba di Kaherah.

Menurut Egypt Today, pesawat itu berlepas dari N’Djamena, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Juruterbang bertindak melakukan pendaratan cemas selepas dimaklumkan mengenai Kultumah Mohammed yang sedang mengalami kesakitan dan bersalin.

Bayi itu selamat dilahirkan dengan bantuan penumpang lain yang merupakan pelajar di Fakulti Perubatan dan beberapa orang krew kabin. Bayi itu diberi nama Abdel Rahman.

Pesawat itu mengubah laluan penerbangan dan mendarat di Aswan dan Kultumah telah dibawa ke Hospital Universiti Aswan untuk mendapatkan rawatan. Dia dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Egypt Today