Di Indonesia, viral seorang pengunjung yang menginap di sebuah hotel di Jalan Kolonel Masturi, Kabupaten Bandung Barat yang terperosok dari balkoni tingkat tiga.
Menurut Suara Kalbar, pengunjung yang berasal dari Kota Pontianak, Indonesia itu akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ciarua, AKP Asep Mulia berkata, pihaknya akan memanggil saksi bagi mengetahui kronologi kejadian seorang pelancong terjatuh di sebuah hotel.
“Dengan kejadian ini, kami akan jemput saksi yang berada di tempat kejadian untuk menjelaskannya,” kata pegawai polis itu.
Memetik dari kenyataan Suara Kalbar, pegawai polis tersebut mengaku kesal kerana pihak pengurusan hotel dan saksi tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Melalui Suara Kalbar, pegawai polis itu berkata, Unit Siasatan Jenayah Polis Cisarua telah melakukan kunjungan ke tempat tersebut pada Rabu lalu.
Hal itu untuk mengetahui punca sebanar dan akan melakuakn pemeriksaan yang lebih mendalam terlebih dahulu.
“Sekiranya ada maklumat baru, kami akan maklumkan semula. Semoga kita dapat mendedahkan jika terdapat sebarang kecuaian atau tidak di atas kejadian ini,” katanya.
Sumber: Suara Kalbar