Dilanggar Lori Ketika Dalam Perjalanan Berniaga Burger
Gambar: Utusan Malaysia

Wanita Maut, Anak Cedera Dilanggar Lori Ketika Dalam Perjalanan Berniaga Burger

Sofea

Wanita Maut, Anak Cedera Dilanggar Lori Ketika Dalam Perjalanan Berniaga Burger

Kuala Selangor – Seorang wanita dilaporkan maut manakala anak lelakinya cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang, semalam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 43 tahun itu membonceng motosikal yang ditunggang oleh anaknya ketika dalam perjalanan untuk berniaga burger dari Tanjong Karang menuju ke Bagan Pasir.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata motosikal yang ditunggang oleh anak mangsa yang berusia 20 tahun itu telah melanggar sebuah motosikal lain.

“Sewaktu melalui jalan berselekoh, motosikal itu gagal mengelak dan melanggar sebuah motosikal lain yang dipercayai secara tiba-tiba keluar simpang.

“Keadaan itu menyebabkan dua beranak itu kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dan dilanggar sebuah lori,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anak wanita itu dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menunggang motosikal sebuah lagi cedera ringan, Manakala pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat manngsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”