London – Sepasang suami isteri dari United Kingdom merupakan antara insan yang bertuah kerana memiliki bayi kembar tiga lelaki seiras.
Menurut BBC, kembar tiga dan seiras merupakan perkara yang jarang berlaku dan kelahiran unik tersebut umpama satu dalam 200 juta.
Kehadiran bayi mereka yang dinamakan Jimmy, Jensen dan Jaxson tidak hanya menceriakan lagi suasana, malah ia juga satu pengalaman baru kepada pasangan tersebut.
Di samping itu, ibu bertuah tersebut, Gina Dewdney, 34 tahun mengakui, tugas yang paling sukar dan mencabar adalah mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran mereka bertiga.
“Pengalaman menjadi seorang ibu adalah perkara terbaik sepanjang saya hidup, ia satu pekerjaan yang paling sukar setakat ini.
“Namun saya masih menyukainya walaupun banyak perkara perlu dikorbankan seperti waktu tidur dan hadir janji temu di hospital,” kata Gina Dewdney, lapor BBC.
Sebelum ini, pada awalnya, Dewdney dan suaminya agak terkejut apabila pihak Hospital Wanita Liverpool mengesahkan bayi mereka adalah kembar tiga.
Gambar via BBCKetiga-tiga kembar tersebut terpaksa ditahan di hospital selama enam minggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Sebelum itu, ibu kepada tiga anak kembar itu mendakwa dia mempunyai firasat bahawa bayi dalam kandungannya adalah merupakan bayi kembar.
Akhirnya jangkaannya itu tepat setelah dia melakukan ujian imbasan dan disahkan oleh doktor ketika itu.
“Juru x-ray itu berkata, dalam 25 tahun dia berkhidmat, ini adalah kali pertama dia melihat kembar tiga dalam plasenta yang sama,” katanya, lapor BBC.
Memetik BBC, pasangan tersebut kini mengatur rutin harian mereka dengan sangat teliti sejak kembar tiga itu lahir.
“Permulaan yang agak kekok bagaimana cara yang betul untuk memegang bayi dan berapa banyak lampin yang diperlukan.
“Waktu makan perkara yang menarik, saya perlu berkemas semasa Gina menyuap mereka makan atau gina akan menyuap dua diantara mereka dan seorang lagi dengan saya.
Gambar via BBC“Saya kagum dengan mereka yang mempunyai anak kembar, lebih-lebih lagi kembar tiga.
“Mereka hanya mahu tahu bagaimana cara menguruskan kehidupan berumah tangga dan cara menguruskan si kembar tiga,” ujarnya, laporan dari artikel BBC.
Sumber: BBC