Sinki tersumbat adalah perkara biasa di rumah, tambahan pula sinki dapur. Tapi bila tengah basuh pinggan tiba-tiba sinki tersumbat, mesti terus hilang mood kan. Benda ni jadi bila lebihan makanan terkumpul hingga menyebabkan saluran paip tersumbat.
Bila jadi masalah macam ni, kena panggil tukang paip pula untuk lancarkan balik saluran paip dan semestinya memakan kos kalau dah teruk sangat tersumbat. Sebelum sinki dapur korang tersumbat, kan lebih baik kalau cegah dari awal.
Untuk mengelakkan masalah ini, pengguna akaun TikTok @nnnnichaa berkongsi tips untuk cegah sinki daripada tersumbat tanpa guna apa-apa alat tambahan pun. Menurutnya, tips ini diberikan oleh brader tukang paip dan sesuai dilakukan setiap minggu.
Video ini mendapat 580 ribu tontonan dan 41.3 ribu sukaan di TikTok setakat ini.
Sumber: TikTok @nnnnichaa