Wanita Kongsi Pengalaman “Breakfast Wedding”, Memang Another Level
Perkahwinan sememangnya merupakan detik terindah dalam hidup setiap pasangan.
Bagi ramai orang, perkahwinan adalah hari yang dinanti sepanjang hidup, kerana pada saat inilah segala impian, persiapan dan doa disatukan menjadi realiti.
Tidak hairanlah ramai bakal pengantin sanggup berbelanja besar demi memastikan majlis mereka kelihatan meriah dan ‘grand’.
Di Malaysia, majlis perkahwinan biasanya berlangsung pada waktu tengah hari atau malam. Ia juga cukup sinonim dengan hidangan berat seperti nasi minyak serta lauk-pauk tradisional.
Tapi, lain pula kisah yang tular baru-baru ini. Seorang wanita berkongsi pengalaman menghadiri majlis perkahwinan berkonsepkan “breakfast wedding”, sesuatu yang mungkin asing bagi kebanyakan orang.
Suasana pagi yang tenang, santai
Majlis tersebut diadakan pada waktu pagi dalam suasana yang cukup santai. Tetamu disajikan menu sarapan seperti kuih-muih, kopi, tiramisu dan pelbagai hidangan ringan yang sesuai dinikmati seawal pagi.
Lebih istimewa, lokasi majlis ini terletak di kawasan terbuka di Genting Highlands.
Dengan latar belakang alam semula jadi serta cuaca dingin dan nyaman, para tetamu kelihatan begitu selesa meraikan pasangan pengantin.
Dekorasi simple, moden & elegan
Selain hidangan, dekorasi majlis juga mencuri perhatian. Sentuhan ringkas dengan meja kayu, bunga segar dan gaya moden minimalis membuatkan suasana tampak segar dan elegan, tetapi tetap eksklusif.
Ramai netizen nak tiru idea kreatif ni
Konsep “breakfast wedding” ini jelas memberi pengalaman berbeza berbanding majlis tradisional.
Tidak hairanlah ramai netizen meluahkan rasa teruja dan berniat untuk meniru idea ini untuk majlis mereka kelak.
“Menariknya, boleh ambil idea ni untuk kahwin nanti.”
“My dream wedding. Buat pagi senang, menu pun tak berat dan jimat kos.”
“This is genius. Outdoor wedding tapi tak berlecak ketiak sebab panas.”
“Menarik breakfast wedding. Tak payah susah-susah fikir menu, nasi lemak je senang.”
“Wait this idea is so good. Tak perlu pening nak kejar waktu solat for both pengantin and the guests.”
BACA: Warga Kongsi Keadaan Ribut & Angin Kencang Sekitar Lembah Klang
BACA: Api Menyambar Dari Dapur, Wanita Beri Peringatan Pada Pengguna Tong Gas
BACA: Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid
Sumber: @saflhed/ via TikTok