Gambar: Bernama

Wanita Kongsi Dapat Pasang Set Dapur Baru, Hasil Setahun Catu Duit Rokok Suami

Wanita Kongsi Dapat Pasang Set Dapur Baru, Hasil Setahun Catu Duit Rokok Suami

Tabiat merokok secara umumnya sukar untuk dihentikan kerana mengandungi nikotin yang berpotensi membuat orang ketagih, lapor laman Suara.

Namun, bagi yang berjaya melakukannya, ia bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat memberi manfaat kepada isteri dan seisi keluarga.

Walupun harganya yang mahal, ramai sanggup berbelanja puluhan malah ratusan ringgit demi menghisap rokok.

Selain itu, meskipun banyak maklumat mengenai bahana merokok di kotaknya, orang ramai masih sukar untuk berhenti.

Bagi mereka yang berjaya menghentikan tabiat merokok, sudah pasti mereka dapat peroleh pelbagai faedah.

Contohnya, ia menjadikan badan lebih sihat dan cekap malah dapat mengalihkan perbelanjaan rokok kepada perkara lain.

Hal ini persis dengan apa yang wanita ini lakukan dalam sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rumahmungill.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita tersebut dikatakan telah menggunakan wang perbelanjaan rokok suaminya yang telah berhenti itu dengan memasang set dapur.

Set dapur yang dipasang bercirikan gaya minimalis, sesuai dengan reka bentuk rumah.

Video itu turut memuatkan pengiraan kos set dapur dan bajet perbelanjaan rokok suami.

Menurut video itu, kos pemasangan set dapur dianggarkan mencecah Rp 13 juta (RM3,885) dan dibahagikan dengan perbelanjaan rokok yang dianggarkan Rp30 ribu (RM9) sebungkus.

Hasilnya, wanita itu dapat mengurangkan perbelanjaan rokok sebanyak 434 bungkus selama 14 bulan.

Secara tidak langsung, sekiranya suaminya berhenti merokok selama 14 bulan, maka dia berjaya menghadiahkan isterinya sebuah set dapur.

“Inilah akibatnya apabila isteri mencatu rokok suami,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen sekali gus terinspirasi dengan idea bernas tersebut.

“Hebat. Boleh cuba segera,” komen netizen.

Sumber: Suara.com

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”