Seorang wanita dilaporkan telah dibuang kerja oleh majikannya kerana ‘kantoi’ menyaksikan perlawanan separuh akhir EURO 2020 antara England dan Denmark kelmarin setelah wajahnya terpapar di Televisyen.
Nina Farooqi, 37, dikatakan telah membuat alasan untuk mengelak daripada pergi bekerja di Yorkshire setelah rakannya ‘meracuni’ dirinya dengan satu tiket untuk menyaksikan perlawanan bersejarah di Stadium Wembley.
Memetik laporan Daily Mail, wanita itu mengatakan bahawa dia mengambil cuti sakit kerana yakin majikannya tidak akan membenarkannya mengambil cuti biasa untuk menyaksikan perlawanan itu. Ditambah lagi, syarikatnya juga dikatakan mempunyai masalah kekurangan pekerja.
Gambar Via Daily MailWalau bagaimanapun, nasibnya tidak baik apabila jurukamera telah merakam wajahnya ketika dia dan rakannya sedang meraikan gol penyamaan England.
Keesokan harinya, bosnya menelefonnya dan memberitahu agar sudah tidak perlu datang lagi ke pejabat.
Nina juga mengatakan bahawa dia tidak menyangka, dalam ramai-ramai orang, wajahnya yang dirakam oleh jurukamera dan turut merasa sedikit menyesal disebabkan oleh penipuan yang dilakukannya.
“Saya merasa sedikit menyesal, tiada siapa yang ingin dipecat tetapi saya juga akan lebih menyesal jika terlepas perlawanan tersebut. Saya akan melakukannya sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, kemenangan Rabu lalu merupakan pencapaian bersejarah bagi pasukan England dan mengakhiri penantian 55 tahun mereka untuk layak ke final.
Sumber: Daily Mail