Semua orang tahu, konsep ‘open wardrobe’ ini mempunyai kelebihan buat pemilik. Bukan apa, ia menjimatkan ruang serta paling utama adalah memudahkan untuk proses organisasi pakaian yang lain.
Bukan itu sahaja, konsep ‘wardrobe’ terbuka ini menjadikan kita lebih rajin mengemas dan menguruskan almari.
Tetapi ada juga masalah apabila baju yang bersangkut terlalu banyak membuatkan pemilik ‘sakit mata’. Jadi, apa yang perlu anda lalukan adalah mendekorasi tempat tersebut agar kelihatan lebih teratur.
Seperti perkongsian daripada Niarsly Hazwan berkongsi dekorasi open wardrobe bajet kurang dari RM 250.




Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak macam ni. Jadi, kita letak curtain kat open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger ja.
Bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari. Actually saya nak tambah lagi part atas sekali tu nak letak hanging rack tapi tunggu next budget plak la.
Pastu nak letak box kat lantai tu untuk simpan barang-barang jarang guna. Tuggu nantilah dah complete semua saya update lagi.
Ini antara idea ‘open wardrobe’ untuk dikongsikan bersama.


List barang ada pada gambar di bawah;



Sumber: Niarsly Hazwan