Gambar: via abc News

Wanita Hamil Dilapor Maut Ditembak Di Perut & Kepala Ketika Buka Hadiah Dari Majlis ‘Baby Shower’

Nadhirah

Seorang wanita hamil dari Philadelphia, Amerika Syarikat dilaporkan maut pada malam Sabtu lalu di luar rumahnya sewaktu dia sedang membuka hadiah pemberian di majlis “baby shower”.

Menurut pihak berkuasa, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan ditembak di bahagian kepala dan juga perut, lapor abc NEWS.

Menurut laporan, pihak berkuasa menyatakan bahawa wanita tersebut seolah-olah sudah lama menjadi sasaran.

Menurut Coutler, tembakan ini berlaku sekitar 8:30 malam sebaik sahaja wanita itu pulang daripada “baby shower” bakal bayinya yang akan lahir itu.

Sewaktu kejadian wanita hamil itu baru sahaja ingin membuka hadiah pemberian tetamu yang hadir semasa “baby shower”. Mangsa dikatakan sedang membuka hadiah tersebut di dalam kereta Kia Soul miliknya yang berada di luar rumahnya berhampiran jalan Palmetto.

Pegawai polis yang bertugas meronda dua blok jauh daripada kawasan rumah wanita hamil itu terdengar bunyi tembakan dan bergegas ke kawasan tersebut. Setibanya pegawai polis di situ, wanita hamil itu sudah mengalami luka di bahagian kepala dan perutnya.

Setelah menemui mangsa, petugas membawa wanita hamil dengan usia 7 bulan kandungan itu ke Pusat Perubatan Einstein. Setibanya di sana, wanita itu dan juga anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

Gambar: via abc News
Gambar: via abc News

Sumber: abc NEWS