roti puri
Kredit: Gulf News

Wanita Duduk Di Tengah Jalan, Menangis Sebab Roti Puri Tak Cukup

Athirah

Wanita Duduk Di Tengah Jalan, Menangis Sebab Roti Puri Tak Cukup

Seorang wanita mengadakan ‘protes’ dramatik di tengah jalan raya disebabkan makanan yang dibeli tidak cukup, lapor portal Gulf News.

Rakaman video yang berlaku bandar Vadodara, negeri Gujarat di India turut menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku berhampiran Tasik Sursagar, apabila wanita itu mendakwa dirinya ditipu oleh seorang penjaja.

Difahamkan, dia telah membayar 20 rupee (RM0.95) untuk enam keping roti puri, tetapi hanya menerima empat keping sahaja. Rasa marah kerana ditipu, wanita itu bertindak duduk di tengah jalan dan enggan berganjak

Gulf News melaporkan pengguna jalan raya lain terpaksa mengelak daripada melanggarnya ketika orang ramai merakam kejadian itu. Apabila pihak polis tiba di lokasi, wanita berkenaan mula menangis dan menuntut haknya semula.

“20 rupee untuk enam roti puri,” tegas wanita itu.

Selepas beberapa jam mengganggu lalu lintas, pihak berkuasa akhirnya campur tangan, kemudian jalan raya kembali lancar selepas polis mengiringinya pergi.

Menurut portal Gulf News, bagaimanapun masih tidak jelas sama ada wanita terbabit mendapat dua puri tambahan yang dituntutnya.

BACA: Selalu Selamatkan Orang, Kali Ini Bomba Pula ‘Terperangkap’ Dalam Lif
BACA: Untuk Pengguna Perodua, Ini Risiko Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Ketika Memandu
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: Gulf News