Baru-baru ini, media tempatan melaporkan kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menahan seorang wanita yang menjual produk penjagaan diri berjenama Faith Fleur dipercayai tiruan pada harga yang tinggi dalam satu serbuan di Wakaf Tengah, Kuala Nerus di Terengganu.
Menurut laporan media, wanita berkenaan didakwa menjual produk tiruan tersebut pada harga yang sama dengan produk asli.
Faith Fleur dalam satu kenyataan media menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di atas usaha berterusan membanteras tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menjual produk tiruan dalam pasaran.
Sehubungan itu, Faith Fleur ingin memaklumkan bahawa semua produk yang dikeluarkannya hanya dijual melalui stokis dan pengedar yang berdaftar atau orang ramai boleh membuat pembelian melalui atas talian di www.faithfleur.my
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai juga boleh menghubungi talian Faith Fleur di +6011-5187 5068.
Gambar-gambar di bawah adalah untuk rujukan pengguna bagi membezakan produk tiruan dengan produk asli Faith Fleur.


