Kehidupan sebagai suami isteri sudah tentu mempunyai pelbagai liku-liku yang boleh mencabar ego dan kesabaran malah jika tidak diselesaikan dengan baik, rumahtangga yang dibina akan runtuh.
Sama dengan kes yang berlaku di North Yorkshire, United Kingdom pada April lalu, seorang isteri telah ditahan atas tuduhan membebel terhadap suaminya dan dimasukkan ke dalam lokap selama 17 jam serta dakwaan ke atasnya menyaksikan dia mendapat perintah larangan agar menjauhi suaminya.

Valerie Neal, 59, membebel kepada suaminya supaya membersihkan rumah namun dianggap mahkamah sebagai controlling behaviour yang termasuk dalam kategori penderaan emosi.
Valerie baru-baru ini tampil membuka mulut dan menjelaskan mengenai kejadian tersebut, dia tidak mengganggap perbuatannya itu salah disisi undang-undang dan berharap dia ada peluang sekali lagi untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa dia tidak bersalah.

“Jika itu dianggap sebagai membebel, saya akan menyerah kalah tetapi bagi saya menyuruh seorang suami untuk membersihkan rumah adalah bukan membebel.
“Selepas saya berikan cinta dan kasih sayang kepadanya, saya tidak menyangka dia akan memperlakukan saya sebegini,” kata Valerie.

Suaminya, Michael Sanders, berkata bahawa membebel mungkin sebahagian daripada kehidupan berumah tangga namun ia bukan seperti yang diinginkannya.
Michael memberitahu masalahnya itu kepada Job Centre dan kes itu terus dibawa kepada pihak polis yang akhirnya menyaksikan penahanan Valerie.
Coercive dan controlling behaviour boleh membawa kepada penjara maksimum selama lima tahun dan ia merupakan jenayah yang banyak dibincangkan dengan majoriti pendakwaan adalah terhadap lelaki iaitu sebanyak 97 peratus di England dan juga Wales.
Sumber: Mirror UK