Sumber: Daily Mail

Wanita Dilaporkan Meninggal Akibat Covid-19 Beberapa Jam Lepas Lahirkan Anak

Sofea

Seorang wanita di Ukraine telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19 sejurus selepas melahirkan anaknya.

Wanita yang berusia 36 tahun itu dikatakan telah dijangkiti virus tersebut di pusat perinatal di bandar Ivano-Frankivsk, barat Ukraine.

Dia dimasukkan ke pusat tersebut pada 10 Mac lalu ketika dia tidak menunjukkan tanda-tanda virus tersebut namun jatuh sakit selepas 19 hari tinggal di situ.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Volodymyr Chemny berkata semasa sidang media bahawa keadaan wanita itu bertambah teruk pada 29 Mac yang lalu.

“Paras oksigen di dalam darahnya menurun dengan mendadak. Suhu badannya juga meningkat kepada 39 darjah Celcius.

“Dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan mempunyai masalah radang paru-paru. Dia disahkan dijangkiti Covid-19,” katanya.

Gambar: Daily Mail

Pada hari yang sama, beliau melahirkan anaknya yang sihat dan berat sebanyak 2.5 kilogram. Bayi perempuannya itu telah disahkan negatif Covid-19 dan kini berada di bawah pemantauan perubatan yang berterusan.

Selepas itu, keadaannya semakin kritikal. Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi dan dipasang ventilator.

Sumber: Daily Mail