Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara, Curi Ribuan Duit Bapa Sendiri
Seorang wanita yang mengakui mencuri ribuan pound sterling milik bapanya yang menghidap demensia dijatuhi hukuman penjara, lapor Mirror.
Perbuatan Wanita tersebut diketahui selepas pembohongan kepada bapa saudaranya berkenaa menggunakan sebahagian wang tunai itu untuk mengisi makanan dalam peti sejuk bapanya terbongkar.
Sewaktu bapa saudaranya pergi ke rumah mangsa untuk memeriksa dakwaan wanita itu, dia mendapati peti sejuk rumah berkenaan kosong, jelas sebutan kes di mahkamah.
Ibu kepada tiga anak itu kemudiannya mengakui perbuatannya itu dengan memindahkan 7,000 pound sterling (RM39k) daripada akaun bank bapanya. Pemindahan itu telah dilakukan antara 1 April dan 7 September 2017 yang lalu.
Wanita berusia 32 tahun dari Winchburgh itu pada awalnya didakwa kerana mengarahkan Santander Bank untuk memindahkan sejumlah wang, tetapi berikutan rundingan dengan peguamnya, wanita itu dikenakan jumlah denda yang lebih rendah, lapor Daily Record.
Timbalan fiskal Katie Adam memberitahu Mahkamah Sherif Livingston bahawa Robin telah berdepan dengan tertuduh selepas mendapati baki akaun William kosong.
Robin tahu bahawa sepatutnya dalam akaun William sepatutnya mempunyai wang yang cukup untuk membayar semua bilnya.
Ini kerana lelaki itu masih lagi menerima gaji daripada majikannya selepas rebah di tempat kerjanya dan menjalani pemeriksaan perubatan di hospital.
Bapa saudara mula curiga dengan tertuduh
Timbalan fiskal itu berkata: “Robin Pettigrew menjadi semakin curiga berikutan perbualan dia dengan tertuduh, anak perempuan pengadu.
“Linzi memberitahunya bahawa dia baru-baru ini telah mengisi peti ais ayahnya beberapa hari sebelum ini. Robin tahu itu tidak benar kerana dia telah memeriksa peti ais, setelah melawat abangnya setiap hari kedua. Tiada makanan di dalam peti sejuk.”
BACA: Polis Belanda Tahan ‘Boris Johnson’, Memandu Dalam Keadaan Mabuk
Fiskal meneruskan: “Semasa lawatan lanjut ke abangnya, dia melihat penyata bank terletak di atas meja kerja dan bertanya sama ada di boleh melihatnya.
“Dia membawanya pulang dan terkejut apabila mengetahui berapa banyak ‘bayaran pantas’ yang tertuduh telah buah,”
“Terdapat banyak pemindahan daripada akaun pengadu ke akaun tertuduh dan dia menyatakan terdapat banyak debit langsung yang tidak dibayar kerana kurang dana.”
Robin kemudiannya telah menemani abangnya ke bank pada 18 September dan menutup akaun bank tersebut.
Linzi akhirnya didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan. Syerif penyiasat, Peter Hammond memberitahu bahawa bapanya mengalami demensia, lalu wanita itu telah mengambil wangnya tanpa meninggalkan apa-apa untuknya.
Sumber: Mirror