Gambar :Times of India

Wanita Didakwa Tikam Suaminya Kerana Lelaki Itu Enggan Ke Kenduri Kahwin Saudara Bersamanya

Fathin Nadzira

Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya. Suaminya yang berusia 34 tahun itu memfailkan aduan terhadap wanita itu selepas kejadian yang berlaku pada 12 November itu.

Menerusi laporan India Times, wanita dari Aurangabad Maharashtra telah mencederakan suaminya selepas suaminya enggan menemaninya ke majlis perkahwinan saudara mara. Wanita itu telah dibawa oleh Balai Polis Mukundwadi, lapor Times of India (TOI).

Kejadian berlaku pada 12 November lalu. Wanita itu didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya.

Laporan mengatakan wanita itu telah dihukum di bawah seksyen 326 (secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau cara berbahaya) dan 336 (membahayakan nyawa manusia secara terburu-buru atau cuai) Kanun Keseksaan India (IPC).

Sumber : Indiatimes