ACEH TENGAH, INDONESIA: Seorang wanita penduduk Desa Kala Nareh, Aceh Tengah sanggup menanamkan bayi yang baru dilahirkan olehnya.
Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Agus Riwayanto Diputra mengatakan bahawa, tindakan itu dilakukan oleh suspek kerana panik ketika anaknya yang berusia 10 tahun hendak melaporkan kepada pihak polis.
Sebab kenapa anaknya yang berusia 10 tahun itu ingin melaporkan kepada pihak polis kerana setelah dia kembali ke rumahnya, dia melihat seorang bayi dirumahnya dan berasa pelik.
“Bayi siapakah ini”, tanya budak itu kepada ibunya. “Bayi itu adalah adik kamu”, jawab ibunya, kata Agus pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Aceh Tengah, 2 September.
Mendengar jawapan itu, bagaimanapun budak itu tidak mempercayainya, ekoran daripada itu, dia telah keluar dan mengancam akan melaporkan kepada pihak polis.
Kerana takut, suspek segera merancang untuk menguburkan bayi itu hidup-hidup.
“Suspek kemudiannya mengambil cangkul dan menggali lubang untuk mengguburkan bayi itu”, kata Agus.
Penggalian yang telah dilakukan itu mempunyai kedalaman sekitar 40 sentimeter dengan lebar sekitar 50 sentimeter dan panjangnya sekitar 30 sentimeter.
“Selepas itu, suspek membawa bayi itu ke belakang rumah, membuka bendung dan menguburkan bayi itu ketika bayi itu dalam keadaan menangis”
Selepas menguburkan bayi itu, suspek kemudian telah masuk ke dalam rumah untuk tidur.
Namun, tidak lama kemudian, dua jiran menerima laporan daripada budak itu yang merupakan anak kepada suspek.
Ketika penduduk menanyakan kepada suspek berkenaan dengan bayi itu, suspek tidak mengaku bahawa bayi itu adalah bayinya.
Penduduk tidak mempercayai kata-kata suspek, lalu penduduk menyelongkar rumahnya, tetapi tiada tanda-tanda terdapat bayi yang baru dilahirkan.
Namun, ketika pencarian dilakukan oleh penduduk di kawasan itu, mereka telah menjumpai sebuah lubang di belakang rumahnya yang kelihatan masih baru.
Lalu, penduduk kampung telah menggali lubang tersebut dan menemui bayi lelaki yang masih hidup.
Kemudian, bayi itu dan suspek telah dibawa ke Hospital Datu Beru Takengon untuk rawatan.
“Tetapi bayi itu telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital”, kata Agus.
Agus menambah, suspek telah melahirkan seorang diri tanpa bantuan daripada bidan pada pukul 10 pagi.
Setelah melahirkan, suspek membersihkan tubuh bayi tersebut dengan menggunakan kain batik berwarna coklat dan membawanya dengan kain panjang seperti bayi normal, walaupun plasenta (uri) masih belum dicabut.
Kes masih dalam siasatan.
Sumber: KOMPAS.com