Seorang wanita Nevada memecah masuk ke klinik pergigian, mencuri wang serta mencabut 13 batang gigi pesakit yang tidak sedarkan diri, lapor Fox32Chicago.
Menurut portal itu, suspek yang mengakui pernah bekerja di klinik itu telah bertindak demikian dalam dua kejadian berbeza. Bagaimanapun, wanita yang bukan merupakan doktor gigi itu didakwa telah mencuri wang tunai berjumlah $22,861 (kira-kira RM96,233) pada 3 Mei lalu, ujar polis tempatan.
Tambah pihak polis, wanita tersebut mengaku telah menggunakan bahan pelali yang dibuang oleh klinik berkenaan.
Suspek berusia 42 tahun itu didakwa atas dua tuduhan pecah masuk serta satu tuduhan konspirasi merompak dan melakukan pembedahan tanpa lesen perubatan.
Dia juga dilaporkan telah mengaku kepada beberapa saksi bahawa telah menjalankan prosedur perubatan tersebut.
Susulan itu, suspek kini ditahan reman dengan ikat jamin $20,000 (anggaran RM84,190)
Sumber: Fox32Chicago