Didakwa gara-gara tidak berpuas hati sering dipukul suami, seorang wanita bertindak membakar tangan anak tirinya.
Putri Indah Lestari, 24 dikatakan marah apabila mengetahui anak tiri yang berusia 10 tahun memberitahu kesalahannya kepada si suami yang merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan.
Pada 20 November lalu sekitar jam 8 malam waktu tempatan, Putri dikatakan memukul mangsa menggunakan batang penyapu secara bertubi-tubi.
Tidak cukup dengan itu, dia turut memanggang kedua-dua tangan mangsa di atas dapur sehingga melecur.
Biarpun si anak menjerit kesakitan, suspek tetap meneruskan perbuatannya sehingga kanak-kanak itu mengalami lecur teruk pada tangan.
Menurut polis Indonesia, ketika mangsa mengadu tangannya yang terbakar, suspek hanya menyuruh mangsa merendam kedua-dua tangannya dengan air laut.
“Ada orang memberitahu dia sering mengadu kepada ayahnya. Saya tak tahu dia mengadu apa. Kadang gara-gara itu, saya sering dipukul suami. Kadang-kadang kerana wang,” kata Putri sambil teresak.
Dia yang menyesal memohon maaf kepada si suami yang bertindak menghalau dan menyuruhnya meringkuk di penjara.
Lantaran tindakannya itu, Putri kini berdepan hukuman 10 tahun penjara.
Sumber: Sosok.id