Wanita berihram

Wanita Didakwa Berpakaian Ihram Lelaki Dipercayai Sudah Pulang, Tetapi Belum Dapat Dikesan – Menteri

Syed Faisal Sayed Muhammad

Wanita Didakwa Berpakaian Ihram Lelaki Di Mekah Sudah Pulang, Tetapi Belum Dapat Dikesan

Seorang wanita yang viral di media sosial selepas didakwa berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah sebelum ini dipercayai sudah pun pulang ke Malaysia, lapor Astro Awani.

Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad. Namun begitu, keberadaan wanita berkenaan ketika ini masih belum dapat dikesan.

Menurutnya lagi, beliau telah meminta kerjasama dari pihak berkuasa negeri dan Pejabat Agama Negeri untuk mengambil tindakan lanjut. Tindakan tegas akan diambil atas kesalahan tersebut oleh pihak berkuasa negeri dimana wanita itu dikesan.

Terdahulu pada 12 Ogos lalu, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lelaki malah agensi yang menguruskan umrah wanita terbabit juga akan dikenakan tindakan jika benar dakwaan seperti ditularkan.

BACA: Bung Moktar Diperintah Bela Diri Atas Tiga Pertuduhan Rasuah Berjumlah RM 2.8 Juta

BACA: “Saya Rindu & Sayang Atuk 1000 Juta Kali”, Adik Adam, Cucu Najib Hadir Ke Mahkamah Hari Ini

Sumber: Astro Awani