Tidak semua perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyataan, akan sentiasa ada pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempuhi.
Pastinya, tiada siapa yang pernah menjangkakan bahawa suami atau isteri sendiri rupa-rupanya boleh menjadi ‘watak’ yang akan menghancurkan kebahagiaan mereka.
Sama dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga. Luahnya, dia tidak pernah menyangka bahawa suami yang disayanginya sanggup berjumpa bomoh untuk membuatkan ibunya menjadi gila.
Diharapkan kisah ini akan menjadi pengajaran kepada semua orang di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam demi memuaskan hasrat dendam dalam diri.
Sumber: Kisah Rumah Tangga