Wanita Dakwa Ditipu, Beli Telefon RM104 Secara ‘Online’ Tapi Yang Sampai Sebungkus Garam
JAKARTA – Seorang wanita terkejut apabila pesanan telefon yang dibelinya secara atas talian itu telah digantikan dengan garam dapur, lapor laman Dream.
Menerusi sebuah video yang telah dimuat naik melalui akaun Tiktok @hermannurdiansya1, wanita itu memberitahu bahawa dia telah membeli telefon tersebut secara atas talian dengan harga Rp350 ribu (RM104).
“Jangan terpedaya dengan harga yang murah ketika berbelanja secara atas talian ya kawan-kawan,” ujarnya.
“Beli telefon dengan harga Rp350 ribu tapi isinya mengejutkan,” tulisnya dalam video tersebut.
Berdasarkan video tersebut, wanita itu telah meminta rider untuk membuka isi bungkusan ekoran berasa curiga.
Justeru, dia merakam segala proses pembukaan bungkusan yang telah diterimanya itu. Hal ini kerana, dia ingin mengembalikan bungkusan tersebut sekiranya dia tidak memperoleh barang yang sepatutnya.
“Risau ditipu je, tak mungkin ada telefon yang berharga Rp350 ribu (RM104). Takut isinya sabun atau lain-lain.
“Kalau ditipu, saya pulangkan saja bungkusan ini. Video ini kita beri sebagai bukti,” ujar wanita tersebut sambil merakam video.
Setelah bungkusan itu dibuka, masing-masing terkejut apabila mengetahui isi dalamnya.
Hal ini kerana tiada sebarang telefon yang dipos tetapi hanya sebungkus garam masakan.
“Itu kan. Saya tak jadi ambil ya. Cakap dekat orang tu saya tak jadi. Video ini nanti beri sahaja sebagai bukti,” ujar wanita berkenaan.
Video tersebut lantas menjadi tular dan mendapat tontonan melebihi enam juta serta komen dari netizen.
“Kau cuma bayar Rp350(RM104) ribu lepastu nak dapat telefon,” komen @ajihrwn.
“Hei, zaman sekarang telefon android paling murah Rp1 juta (RM297), tapi kau nak dengan harga Rp350 ribu (RM104),” komen netizen
“Sebenarnya ada je telefon dengan harga sebegitu, cuma dia tu beli telefon atau kotak misteri, kalau kotak misteri agak berisiko la,” komen @mashuda.
Sumber: Dream
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%