Seorang wanita mengalami halusinasi, insomnia dan inkontinen setelah makan sushi yang sudah lima hari berada di dalam peti sejuk yang dibeli dari sebuah stesen.
Seorang pegawai perubatan yang merawat wanita berusia 34 tahun dikenali sebagai “JC” berkata mereka tertanya-tanya apa yang menjadi penyebab masalah tersebut berlaku. Pemeriksaan dilakukan dan mereka menemukan seekor cacing pita raksasa dalam perutnya dan didakwa telah berada di dalam perutnya selama sembilan bulan.
Kejadian ini terjadi setelah wanita itu pulang ke rumah dan tidak menyedari dirinya telah makan sushi yang dibelinya lima hari yang lalu.
“Ikan yang terdapat pada sushi tersebut rasa sedikit masam tapi dia meletakkan kicap untuk membuangkan rasa itu,” kata Chubby Emu.
Gambar via MirrorMenurut laporan, setelah beberapa minggu JC makan sushi tersebut, JC turut memberitahu suaminya seakan ada seekor ikan sedang berenang di dalam perutnya.
Bukan itu sahaja, JC juga menjalani rawatan selama beberapa bulan sehinggalah dirinya dikejarkan ke hospital sebanyak dua kali akibat sawan. Doktor menyedari terdapat ribuan telur cacing pita dan bahagian cacing pita yang terputus pada najis wanita tersebut.
Dokot mengatakan cacing pita tersebut dikenali sebagai diphyllobothrium latum yang terbesar yang boleh menjangkiti manusia malah boleh membesar sehingga 9m panjang.
Walau bagaimana pun, JC telah sembuh sepenuhnya setelah doktor memberikan satu dos praziquantel dan ubat anti-cacing kepadanya.
Sumber: Mirror