Wanita Berjaya Pecah Rekod Dunia, Hasilkan Kek Menyerupai Gaun Pengantin Yang Boleh Dipakai
Seorang pembuat kek di Switzerland berjaya pecah rekod dunia dengan membina kek menyerupai gaun pengantin yang boleh dipakai, lapor Indian Express.
Pembuat kek bernama Natasha Coline Kim Fah Lee Fokas, berjaya membuat kek yang menakjubkan dengan berat kira-kira 131.15 kilogram.
Kek tersebut didedahkan sewaktu pameran Perkahwinan Dunia Switzerland pada 15 Januari 2023 di Bern, Switzerland. Kek itu kemudiannya dipotong dan dikongsikan bersama tetamu yang mengunjungi pameran itu.
Pada Isnin lalu, Guinness World Records berkongsi berkenaan video kek pakaian itu di Instagram mereka. Video itu telah berjaya mendapat perhatian orang ramai yang melihatnya.
Bahagian bawah kek dibuat menggunakan bingkai aluminium dan dua bolt logam. Manakala bahagian atas gaun pula dibuat menggunakan campuran pes gula dan fondan.
Skirt pakaian itu juga dipasang dengan papan kecil yang memuatkan bahagian kek di dalamnya
Untuk memastikan pakaian itu kekal pada tempatnya semasa model berjalan di dalamnya, roda telah dipasang di bahagian bawah pakaian untuk membolehkannya lebih banyak bergerak dan menggayakan pakaian yang berat itu secara sekata.
Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Rekod Dunia Guinness, sekiranya mahu rekod itu menjadi sah, pakaian yang boleh dimakan itu mestilah seberat 68 kilogram sekurang-kurangnya.
Lalu model yang memakainya harus boleh berjalan sekurang-kurangnya jarak lima meter sambil memakai pakaian tersebut.
BACA: Wanita Berjaya Cipta Rekod, Derma Susu Badan Kepada 2,500 Bayi Yang Memerlukan
Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berita berkenaan seorang wanita dari Coimbatore di Tamil Nadu berjaya mencipta rekod dengan menderma 105 liter susu badan.
Susu itu kemudian diberikan kepada 2,500 bayi yang memerlukan dalam tempoh tujuh bulan, lapor News18.
Wanita berusia 27 tahun itu telah menerima pengiktirafan sekali gus mencipta sejarah dalam India Book of Records 2022.
Srividya dan suaminya, Bhairav, mempunyai dua orang anak, seorang anak perempuan berusia 10 bulan dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Idea Srividya untuk derma susu badan kepada bayi yang memerlukan itu turut mendapat sokongan daripada suaminya.
Sumber:
Indian Express