Wanita 39 Tahun Warga China Disahkan Positif Covid-19 Di Malaysia

Sha Rossa

Menerusi satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter rasmi KKM Putrajaya, satu lagi kes baharu Novel Koronavirus atau nama rasminya Covid-19 telah disahkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan virus setakat ini seramai 19 orang.

Mangsa yang merupakan seorang warga China berumur 39 tahun, mempunyai kaitan dengan individu yang dijangkiti sebelum ini, kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Laporan lanjut menyusul.

Sumber : KKM