Gambar: The Sun

Wanita 22 Tahun Bergelut Untuk ‘Hidup’, Terperangkap Dalam Badan Berumur 8 Tahun

Zahirah

Seorang wanita berusia 22 tahun menceritakan gelut kehidupan yang dia perlu hadapi selepas dia menghidapi penyakit misteri yang menyebabkan dia memiliki tubuh seperti kanak-kanak 8 tahun.

Shauna Rae berasal daripada Amerika Syarikat telah didiagnos dengan satu kanser otak yang aneh ketika dia berumur enam bulan. Akibat daripada itu, dia perlu menjalani kimoterapi yang telah menyebabkan proses pembesaran badannya terbantut.

Ekoran daripada itu Shauna kini memiliki tinggi seperti kanak-kanak yang berumur 8 tahun. Di dalam sebuah dokumentari, dia menceritakan tentang kesusahan yang perlu dialami kerana fizikalnya itu.

Hal ini kerana, ramai yang menganggapnya sebagai kanak-kanak dan perkara tersebut menyukarkannya untuk mencari pasangan hidup serta bersosial.

Didalam sedutan dokumentari tersebut Shauna mengenalkan dirinya dengan berkata, “Jika anda melihat saya, anda akan terfikir saya bahawa saya ialah seorang gadis kecil yang melakukan aktiviti harian dengan keluarga saya.”

Ibunya turut menceritakan berkenaan waktu mereka mengetahui bahawa Shauna menghidapai kanser otak ketika masih bayi sangat menyedihkan.

Shauna turut menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku selepas dia menjalani rawatan kimoterapi tersebut dan bagaimana ianya memberi kesan terhadap proses pembesarannya.

Menurut laporan The Sun Shauna turut menyatakan bahawa dia mahu mencuba untuk hidup berdikari dari keluarganya dan dilihat lebih sebagai seorang dewasa.

Sumber: The Sun