Wang Dicuri Ketika Kemalangan, Azlan Komeng Rayu Pulangkan Semula
Pelakon tanah air, Azlan Komeng dilaporkan mengalami patah tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama isterinya, Nilam Ortiz.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Menurut @puan_nilamortiz, kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentangan.
Dalam kemalangan tersebut, Azlan mengalami kecederaan patah kaki dan tangan, manakala isterinya hanya cedera ringan.
Sebak dengan kejadian yang menimpa dirinya dan suami, Nilam memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya termasuk Azlan yang kini sedang menerima rawatan.
Azlan rayu pada orang ramai agar pulangkan wang miliknya
Baru-baru ini, Azlan Komeng memaklumkan beg berisi wang hasil perniagaannya telah hilang semasa dia dan isteri terlibat dalam satu kemalangan tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @jalilrazak2, adik angkat kepada Azlan menyampaika pesanan daripada pelakon lelaki itu kepada orang ramai.
Azlan Komeng atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran yang dilihat masih terlantar di atas katil hospital turut memohon agar beg tersebut dikembalikan kepadanya.
“Pada hari kemalangan itu, apa yang tidak kami sedari adalah duit hasil perniagaan hari itu, tak tahulah tercampak ke mana atau terjatuh di dalam kereta
“Kepada sesiapa yang terjumpa dan sudi untuk pulangkan, bolehlah hubungi saya atau isteri atau adik angkat saya,” ujar Azlan yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor.
Video berkenaan mendapat 291.5k setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok menggesa agar individu yang mengambil beg tersebut memulangkan semula kepada Azlan.
Dalam pada itu, mereka turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib pelakon berkenaan dan mendoakan agar urusan Azlan dipermudahkan.
“Semoga sesiapa yang terjumpa dapat pulangkan semula. Simpati lah pada orang yang ditimpa musibah,” komen seorang wargamaya.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan sihat seperti sediakala. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: Anak Najib Razak, Nooryana Najwa Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE
Sumber: @jalilrazak2 via TikTok