
Tiada apa-apa helah rahsia untuk menjadi sihat selain daripada kepentingan terhadap tabiat pengambilan makanan yang bernutrisi dan bermanfaat kepada badan anda.
Anda mesti berfikir bahawa menjalani aktiviti senaman yang mencukupi sudah cukup untuk mengatasi pemilihan makan yang kurang ideal. Walau bagaimanapun, kajian baharu yang menunjukkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat secara kerap masih boleh mendatangkan bahaya, walaupun selalu bersenam.

Dalam kajian tersebut yang telah diterbitkan dalam BMJ Sports Medicine, pengkaji daripada University of Sydney di Australia telah melihat rekod-rekod yang terdapat pada UK Biobank. Rekod-rekod yang dilihat adalah bermula daripada April 2007 sehimgga Disember 2020. Pengkaji menggunakan data yang berusia dalam lingkungan 11 tahun daripada 346,627 penduduk UK. Sebelum mengumpulkan data, pengkaji akan mengenal pasti penduduk UK yang mengamalkan diet berkualiti ataupun sebaliknya.
Diet berkualiti tinggi ditentukan dengan pengambilan sekurang-kurangnya empat dan setengah cawan sayur-sayuran atau buah-buahan dan dua hidangan ikan dalam satu minggu. Ini termasuklah pengambilan daging yang diproses tidak lebih dari dua hidangan dan pengambilan daging merah yang kurang daripada lima hidangan dalam satu minggu.
Begitu juga kriteria diet berkualiti rendah, iaitu pengambilan lebih daging merah dan makan diproses. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang tidak mencukupi juga termasuk dalam ciri-ciri diet yang kurang ideal.
Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati bahawa pengamalan diet yang sihat dan bersenam dapat merendahkan risiko penyakit berbahaya sebanyak 17 peratus. Manakala, pengambilan diet yang kurang berkualiti akan meningkatkan risiko kematian. Tambahan pula, sesiapa yang mengamalkan diet yang tidak seimbang juga memiliki 19 peratus risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular dan 27 peratus tisiko untuk mendapat kanser.

Dr. Hunnes merupakan pakar diet klinikal di Pusat Rawatan UCLA. Beliau juga merupakan pembantu pensyarah di UCLA Fielding School of Public Health, dan pengarang bagi buku Recipe for Survival.
Selain itu, Hunnes menyatakan bahawa semakin konsisten kita makan makanan yang sihat dan bersenam, kesihatan kita juga semakin konsisten.
Diet yang berkualiti tinggi sangat disyorkan kerana ia berhubung rapat dengan peningkatan jangka hayat manusia, Hunnes berkata, “Saya secara peribadi ingin melihat lebih banyak makanan yang tidak diproses dan diet yang berasaskan tumbuhan disyorkan di sini. Walau bagaimanapun, secara realistiknya, apa yang disyorkan di sini adalah jauh lebih baik daripada diet yang diamalkan oleh tiga per empat daripada populasi Amerika.”
Sumber: Eat This, Not That