Lebih 100,000 umat Islam mengerjakan solat di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqaddis hari ini pada Jumaat minggu ketiga Ramadan menurut satu ‘tweet’ di laman Twitter.
Menurut Twitter Doamuslims, walaupun dalam keadaan sekatan daripada Israel, para jemaah tetap hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Keadaan tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak Israel, bagaimanapun ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.


Kawasan yang berada di bawah kawalan Israel itu merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan kerap menjadi punca konflik antara Israel dan Palestin.
Sumber:Doamuslim